Assalamualaikum...
Bila usia sudah lanjut, cara kita berfikir akan berubah, ada individu berfikir pasal kerja, duit, kahwin, anak dan lain-lain.
Tiada salah dalam kita berfikir seperti begitu, bahkan bila kita tidak berfikir sebegitu, kita lah yang tidak termasuk dalam 'kumpulan' yang rata ratanya mengunakan sifir di atas.
Bila kita ada agama, agama kawal kita terhadap sesuatu perkara, agama mengariskan mana yang betul mana yang salah. agama menaiktarafkan lagi usaha usaha kita untuk mencari kerja, duit, kahwin, anak dan lain-lain ke arah satu peringkat yang lebih tinggi lagi.
Melalui niat, saham saham akhirat pun melonjak tinggi kerana usaha usaha tidak terbatas dalam urusan duniawi, tetapi juga melingkupi ukhrawi,
Jika dengan kerja itu dapat kita hentikan riba di sesuatu syarikat, Alhamdulillah,
Jika duit yang di dapati, menjadikan kita semakin banyak sedekah, Alhamdulillah,
Jika dengan kahwin itu, kita dapat mengelakan zina, Alhamdulillah,
Jika dengan anak itu, kita menjadi pendidik agar menjadi anak soleh/soleha, Alhamdulillah.
Pasanglah, Niatlah, setiap perlakuan di dunia, perkara perkara baik, untuk mendekatkan kita kepada Allah, InsyaAllah, bukan sahaja dunia dapat bahkan Akhirat.
Begitulah sepatutnya di fikirkan, tetapi bukan senang untuk saya melaksanakannya.