Khamis, 24 September 2020

Cara Fikir

 Assalamualaikum...

Bila usia sudah lanjut, cara kita berfikir akan berubah, ada individu berfikir pasal kerja, duit, kahwin, anak dan lain-lain. 

Tiada salah dalam kita berfikir seperti begitu, bahkan bila kita tidak berfikir sebegitu, kita lah yang tidak termasuk dalam 'kumpulan' yang rata ratanya mengunakan sifir di atas.

Bila kita ada agama, agama kawal kita terhadap sesuatu perkara, agama mengariskan mana yang betul mana yang salah. agama menaiktarafkan lagi usaha usaha kita untuk mencari kerja, duit, kahwin, anak dan lain-lain ke arah satu peringkat yang lebih tinggi lagi. 

Melalui niat, saham saham akhirat pun melonjak tinggi kerana usaha usaha tidak terbatas dalam urusan duniawi, tetapi juga melingkupi ukhrawi, 

Jika dengan kerja itu dapat kita hentikan riba di sesuatu syarikat, Alhamdulillah,

Jika duit yang di dapati, menjadikan kita semakin banyak sedekah, Alhamdulillah,

Jika dengan kahwin itu, kita dapat mengelakan zina, Alhamdulillah,

Jika dengan anak itu, kita menjadi pendidik agar menjadi anak soleh/soleha, Alhamdulillah.

Pasanglah, Niatlah, setiap perlakuan di dunia, perkara perkara baik, untuk mendekatkan kita kepada Allah, InsyaAllah, bukan sahaja dunia dapat bahkan Akhirat.

Begitulah sepatutnya di fikirkan, tetapi bukan senang untuk saya melaksanakannya. 


Ahad, 17 November 2013

Terpanggil...



12.00 a.m. 14.Muharam.1435H

Segala pujian bagi Allah S.W.T., Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad S.A.W., Keluarga-Keluarga dan Sahabat-Sahabat Baginda. R.A.A.

Pada malam ini aku terpanggil utk membuat penulisan di medan maya yang mana harapan aku, dapat aku kongsikan kepada sesiapa berkaitan ilmu pengetahuan Agama... Agamaku ISLAM... InsyaAllah, mudah-mudahan ini menjadi saham pahalaku di alam kubur dan alam akhirat kelak, AMIN...


"Kembaraku"
Untuk pengetahuan semuanya Umurku 21 Tahun.

Kenapa istilah "kembara" itu baru muncul???. Apa sudah jadi dengan "kembaramu" sebelum ini??? Apa yang meyakinkan kau "kembaramu" kali ini lebih haq, lebih padu dengan menggunakan medan maya sebagai permulaannya??? Apa yang merubahmu dengan penulisan sebegini??? APA, APA, APA!!!

al-Jawab:
Aku Naif, Aku Jahil, Aku Sombong, Aku Tak Tahu Apa-Apa, Ampunkanlah aku Ya Allah, Teguhkan Hatiku Terus Di Jalan-Mu... AMIN, AMIN, AMIN.